Pernahkah.........? "Kamu berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam dan baru saja beberapa minit selepas kamu putuskan talian, kamu sudah mula merinduinya.." "Kamu membaca SMS si dia berulang-ulang kali.. Seolah-olah masih ada ayat-ayat yang tersembunyi dari pandangan mu.." "Bila bersama dengan si dia, kamu berjalan sangat perlahan. Takut cepat sampai ke tempat tujuan.. Ingin sangat berada di sisinya lebih lama lagi.." "Kamu menjadi seorang yang terlalu pemalu bila bersama dengan si dia.. Malu-malu kucing.." "Bila kamu memikirkan si dia hati mu sentiasa berdebar-debar dan jantung mu berdegup dengan laju.. Mengalahkan kereta F1.." "Kamu tersenyum lebar bila kamu mendengar suara si dia…" "Dan ketika kamu melihat, tiada wajah lain lagi di sekeliling mu…Hanya dia, dia dan dia..." "Kamu mula melayan lagu-lagu sentimental sambil membayangkan wajah si dia…Lagu Ayat-ayat Cinta pun kamu layan…" "Kamu hanya memikirkan tentang dia sahaja…Siang malam…" "Haruman badannya sangat terkesan kepada kamu… Seolah-olah di mana saja kamu pergi, bau itu menemani kamu membuat kamu semakin merindui dia.." "Kamu sedar yang kamu tiba-tiba tersenyum lebar bila saja wajahnya bermain dibenak mu…" Sehinggalah............. Suatu Hari... Kamu Menyebut..
"I LOVE YOU"..
Bila anda bersama si dia anda berpura pura tidak pedulikannya, tapi bila si dia tiada di sisi, anda akan melihat sekeliling mencari kelibatnya, waktu itu anda telah jatuh cinta.
Walaupun orang lain sedang membuat anda ketawa, anda hanya menumpukan perhatian terhadap si dia, waktu itu anda telah jatuh cinta.
Walaupun dia sepatutnya menghubungi anda memberitahu dia telah selamat tiba, tapi telifon anda tidak berdering, dan anda sangat sangat ingin menerima panggilan daripadanya, waktu itu anda telah jatuh cinta.
Jika anda lebih berminat membaca mail ringkas daripada si dia berbanding mail panjang berjela jela daripada orang lain, waktu itu anda telah jatuh cinta.
Bila anda terpaksa memadam inbox sms, tetapi anda tidak sanggup memadam sms daripada dia, waktu itu anda telah jatuh cinta.
Bila anda mendapat 2 keping tiket wayang, waktu itu anda tidak dapat mengelak daripada memikirkan si dia, waktu itu anda telah jatuh cinta.
Anda tidak akan marah terlalu lama dan berusaha untuk mengawal kemarahan terhadap si dia. Waktu itu anda telah jatuh cinta.
Hanya dengan mendengar suaranya anda akan tersenyum tanpa sebab, waktu itu anda telah jatuh cinta.
Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang si dia, waktu itu anda tela h jatuh cinta.
Sewaktu anda membaca tulisan aku ini, jika seseorang muncul di fikiran anda, maknanya anda telah jatuh cinta denganya.
saya jatuh cinta...haha
ReplyDelete